mem0ry....we d0 n0t remember days; we remember m0ments.....f0rever t0gether....

Sayang........

Menyayangi berjuta hati bukan bermaksud cintaku mudah beralih. Definisi 'sayang'ku, nyatanya begitu meluas. Sayangku ku simpan untuk semua hati yang mengenaliku. Seperti juga kamu, aku juga sayang kamu. Teramat sayang.

Tapi, sayangku untukmu bersulam sayangku untuk diri sendiri. Aku sayang kamu sepertimana aku sayang diri ini. Lebihnya rasa sayangku kerana sayangku padamu juga berpaksikan rasa cinta. Benar, aku cinta kamu.

Teramat cinta. Bukan seperti rasa sayang ku yang terbit untuk berjuta hati, rasa cintaku terbit hanya untuk sekeping hati. Ya, memang benar. Hanya untuk hatimu.

Mengapa payah sekali untuk dirimu mengerti dan fahami hatiku? Mengapa tiap kalinya kau rasa aku hanya berpura? Mungkin sebelum ini aku mencinta terlalu banyak hati tapi rasanya saat itu hati ku kabur menilai makna cinta dan sayang.

Pada Tuhan aku panjatkan doa, jika begini takdirnya, antara aku dan kamu tidak akan ada rasa cinta, permudahkan lah hari-hariku untuk terus hidup tanpa bayangan mu menghantuiku. Permudahlah hati ini untuk melupakan senyum mu. Biarlah hatiku menerima cinta lain jika itu takdir cintaku.

Dan, jika benar kamu tercipta untukku, permudahkanlah cerita cinta ini. Usah sakiti hatiku dengan membiarkan kamu dengan cinta lain. Aku tak berdaya. Bukakanlah pintu hati mu untuk cintaku, jika itu takdirnya.

Bukan aku tak mahu melupakan kamu, tapi aku tak bisa melupakan kamu. Setiap kali aku ingin berpaling darimu, dirimu hadir dalam jagaku dengan senyum termanis, lalu bagaimana untuk lupakan cinta hati yang satu ini?

Ikhlas dan jujur, cinta ini datang dari lubuk hati terdalam. Sungguh, aku tak mengharap apa-apa bila mencintaimu. Jika cinta ini tak berbalas, aku redha. Tapi, kau perlu tahu sesuatu, hatiku berdegup kencang bila kau ada di sisiku, naluri ku berbisik perlahan padaku jika kau ada berhampiran tanpa tahuku, jiwaku merintih bila kau menangis dan tersenyum bila kau gembira.

Setiap malam kala terjaga bayangmu menerpa, bangun dari lena seawal pagi, senyum mu melintas, lalu hati ku bebisik: Tuhan, berkatilah dia walau di mana hidup ini membawanya.

Untuk kesekian kalinya, kau harus tahu: aku masih seperti dulu, masih menyintaimu. Biarlah, andai takdirnya begini, biarlah perasaan cinta ini tersimpan di hatiku hingga ke hujung nyawa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment